Monday, December 1, 2014

ROSE JEPUN BUNGA KEGILAANKU

Assalammualaikum..
Pagi Isnin yang indah..lagi indah dengan terapi mata ROSE JEPUN ku ini..Walau x banyak jenis lagi tapi cukup untuk membuat hati senang bile melihatnya.

Entry kali ni saya nak cerita tentang HOBI baru saya pulak..Selama hampir 2 bulan aku menceburkan diri dalam bidang RJ ni dan inilah hasilnya...





Dulu memang x suka tanam2 bunga ni..'tangan panas' kononnya.
Rupanya x de istilah tangan panas tu..cuma nak ke x nak jer nanam menanam ni..
Timbul minat bile dah start duk umah sepenuh masa..dah tu member2 wechatt yang terdiri dpd kawan2 kilang lama dulu ramai yg minat dengan bunga ni..jadi aku mencuba nasiblh..
Permulaan dengan membeli dari rakan yg mmg dah lama menanam RJ ni..dgn rm50 aku beli masa tu dapat 3 pasu..

Tapi dik kerana malas nak jaga..akhirnya RJ ku punah..huhu..tapi x mematahkan semangatku..aku join group kembara rose jepun di fb..dan dari situ minat ku mencanak2 naik..kali ni keratan RJ aku beli dari member  dari group tersebut..
Dan inilah hasilnya..Alhamdulillah..



Tanam bunga ni rupanya nakkn kesabaran..nak kena belai bagi minum..bagi makan yang cukup..macam jaga anak juga..

Dan 2 hari yang lepas bunga ku diserang ayam nak bertelur...x sanggup nak tengok dah..meleleh air mata tau..betul kata bidalan 'ayam bertelur sebiji riuh sekampung'..
Inilah yang aku dapat hasil dari ayam ku mengganas..tp mungkin ada hikmahnya..bertambah2 pasu lagi aku beli untuk menanam keratan2 RJ yg banyak patah tu..


Oklah untuk entry kali ni..ini sajalah yang saya dapat kongsikan..akan saya update lagi ROSE JEPUN di entry akan datang. In Sha Allah akan bertambah banyak lagi koleksi bunga2 RJ ini.

3 comments:

Unknown said...

dulu panggil bunga pukul 10 sebab jam 10 pagi kembangnya... melata tumbuh di kampung...macam padang bunga bila jam 10 pagi. teramat cantik. now bila tanam balik dah tak boleh lah pula....

Unknown said...

betul tu pz..bunga 10 pagi atau org panggil bunga DHUHA..knape lak x boleh..tanam jer guna kerayannya tu..mesti boleh hidup..

Unknown said...

keratan..typo lak